Kurator Berita : Bahagian Dasar Kemajuan Islam
Pada 1 hingga 3 Mac 2022, JAKIM melalui Bahagian Dasar Kemajuan Islam Malaysia telah mengadakan Bengkel Semakan Program Diploma Dakwah Islamiyyah bertempat di JAKIM Cawangan Sabah. Bengkel ini bertujuan untuk menyemak keberkesanan dan kualiti pelaksanaan program Diploma Dakwah Islamiyyah yang telah dilaksanakan oleh Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) dan Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) semenjak tahun 2016. Ia telah dihadiri oleh para pegawai dan pensyarah dari IPDAS dan IKMAS serta pakar akademik iaitu Prof. Madya Dr. Ermy Azziaty binti Rozali dari Pusat Jaminan Kualiti Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) dan Prof Madya Dr. Razaleigh bin Muhamat@Kawangit dari Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam UKM sebagai pakar rujuk dan fasilitator.

Antara lain, bengkel yang berlangsung selama 3 (tiga) hari ini juga turut berkongsi isu-isu yang dihadapi oleh Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) JAKIM dalam melaksanakan program berkenaan dan secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan di antara pegawai dan pensyarah di kedua-dua PPT.

Diharapkan semakan program ini akan dapat meningkatkan lagi tahap kualiti dan keberkesanan pendidikan Islam di PPT JAKIM dan seterusnya memberi impak terbaik dalam meningkatkan ilmu pengetahuan kepada masyarakat khususnya dalam bidang dakwah.

Bengkel Semakan Program Diploma Dakwah Islamiyyah 1

Bengkel Semakan Program Diploma Dakwah Islamiyyah 2

Bengkel Semakan Program Diploma Dakwah Islamiyyah 3

Bengkel Semakan Program Diploma Dakwah Islamiyyah 4

Bengkel Semakan Program Diploma Dakwah Islamiyyah 5

Bengkel Semakan Program Diploma Dakwah Islamiyyah 6