Kurator Berita : Bahagian Dakwah
4 Mac 2022 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah melaksanakan dengan jayanya program pemantapan jati diri remaja iaitu program MyInsaniah yang bermula pada 4 hingga 6 Mac 2022 (Jumaat - Ahad) di Koleh Profesional Baitulmal (KPB), Kuala Lumpur. Program ini telah disertai oleh mahasiswa semester 2, tahun pertama peringkat Diploma dari pelbagai fakult bagi sesi pengajian 2021/2022. Program ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berusaha Encik Mohamad Amzari bin Aziz, Pengurus Pembangunan Pelajar /HEPA, KPB.

Program MyInsaniah – modul Jati Diri ini menggariskan 4 objektif iaitu memperkasan kefahaman Islam golongan remaja dan istiqamah dalam mentaati tuntutan agama, mmelahirkan remaja sebagai modal insan yang berkualiti, berketerampilan, berdaya tahan, memiliki jati diri yang kukuh melalui pengamalan nilai-nilai insaniah, melahirkan remaja sebagai pemimpin pada masa haadapan; dan membangunkan remaja sebagai qudwah dan pelapis kepada kepimpinan negara pada masa akan datang.

Pengisian program MyInsaniah dimulakan dengan sesi pecah bending antara para peserta dan dan urusetia sebagai sesi perkenalan untuk membina ukhwah dan hubungan baik sesama peserta program terutamanya sesama ahli kumpulan. Program ini menampilkan pemceramah yang pakar yang menekankan ihsan dalam diri remaja bagi pemantapan jati diri remaja. Program ini di bukan sekadar berbentuk ceramah dan latihan dalam kumpulan (LDK) tetapi turut mempunyai slot riadah bermodul yang dapat menseimbangkan antara pelajaran dan sukan. Selain itu juga, pengisian yang tidak kurang pentingnya adalah Qiyamullail yang diadakan pada pagi hari Ahad – 6 Mac 2022 dan pelaksanaan solat Jemaah turut ditekankan bagi santapan rohani dan spiritual peserta.

Rata-rata peserta MyInsaniah sangat menyukai program ini kerana banyak pengisian dan ilmu baharu yang memberi manfaat terhadap pembentukan jati diri peserta dan berharap dapat menyertai program seumpama ini pada masa akan datang.

Program MyInsaniah Siri 1 2022 1

Program MyInsaniah Siri 1 2022 2

Program MyInsaniah Siri 1 2022 3

Program MyInsaniah Siri 1 2022 4