Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Mesyuarat Pengoperasian Sekolah di bawah Pelan Pemulihan Negara Fasa 4 bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memutuskan bahawa pihak sekolah perlu menjalani ujian Covid-19 kepada guru dan murid yang bergejala bagi tujuan mengekang penyebaran wabak Covid-19. Oleh yang demikian, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diarahkan untuk membekalkan Kit Ujian Kendiri (Saliva) Covid-19 kepada Penyelia, Guru dan Murid Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) seluruh Malaysia.

Bahagian Pendidkan JAKIM dan Syarikat yang dilantik telah mula membekal, mengagih dan mengedarkan kit ujian tersebut kepada semua agensi pelaksana KAFA negeri bermula dengan Negeri Perlis pada 14 Mac 2022. Agihan kepada negeri-negeri lain akan dibuat mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Agihan Test Kit Saliva Kepada Agensi Pelaksana KAFA Negeri 1

Agihan Test Kit Saliva Kepada Agensi Pelaksana KAFA Negeri 2

Agihan Test Kit Saliva Kepada Agensi Pelaksana KAFA Negeri 3