Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Putrajaya, 8 Februari 2022 telah diadakan Bengkel Penggubalan Soalan dan Tajuk Ihtifal KAFA Kebangsaan (IKK) yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum Bahagian Pendidikan JAKIM. Bengkel ini dirasmikan oleh YBRS. Tuan Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim, Pengarah Bahagian Pendidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk membuat penyediaan soalan-soalan dan tajuk Ihtifal KAFA Kebangsaan (IKK) yang akan dilaksanakan pada tahun ini. Antara peserta yang terlibat adalah guru, penyelia dan pegawai KAFA yang mewakili PBAN.

Bengkel Penggubalan Soalan Dan Tajuk IKK Tahun 2022 1

Bengkel Penggubalan Soalan Dan Tajuk IKK Tahun 2022 2

Bengkel Penggubalan Soalan Dan Tajuk IKK Tahun 2022 3

Bengkel Penggubalan Soalan Dan Tajuk IKK Tahun 2022 4

Bengkel Penggubalan Soalan Dan Tajuk IKK Tahun 2022 5