Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Pada 14 Mac 2022, Unit Pemantauan Cawangan penyelarasan Pendidikan Bahagian Pendidikan JAKIM telah mengadakan Bengkel Pelaporan Pemantauan KAFA tahun 2021 bertempat di Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan Kuantan Pahang. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Ustazah Fauziah binti Razap, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAKIM.

Bengkel diadakan selama 3 hari 2 malam. disertai oleh 30 orang penyelia KAFA seluruh malaysia dibantu oleh 2 orang fasilitator Ustaz Mohd Asmadi bin Mohamed Razalli dan Ustaz Muhd Shafrizan bin Ahmad. Antara yang dibincangkan dalam bengkel ialah kepentingan pelaporan pemantauan, tugas penyelia KAFA yang perlu dipertingkatkan setiap tahun.

Bengkel Pelaporan Pemantauan KAFA Tahun 2021 1

Bengkel Pelaporan Pemantauan KAFA Tahun 2021 2

Bengkel Pelaporan Pemantauan KAFA Tahun 2021 3

Bengkel Pelaporan Pemantauan KAFA Tahun 2021 4

Bengkel Pelaporan Pemantauan KAFA Tahun 2021 5