Kurator Berita : Bahagian Dakwah
23 Mac 2022 Georgetown, Pulau Pinang - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) telah berjaya mengadakan Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2022. Multaqa ini telah berlangsung pada 23 Mac 2022 bersamaan 20 Syaaban 1443H, di Hotel City Bayview, Georgetown, Pulau Pinang.

Seramai 380 orang peserta yang terdiri daripada Imam, Bilal, Siak, Guru Takmir, Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah (PPMD) dan Guru KAFA dari seluruh daerah di negeri Pulau Pinang telah menghadiri program ini.

Bemula seawal jam 9:00 pagi, para peserta mendapat perkongsian ilmu daripada YBhg. Prof. Madya Dr. Saipolbarin bin Ramli, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar & AlumnI, Fakulti Bahasa Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi pembentangan slot Muzakarah Keluarga Malaysia (Pemantapan Guru Takmir/Imam dan Guru KAFA dengan kupasan yang amat menarik dan berkesan.

Acara perasmian multaqa telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Sahibul Fadilah Tuan Haji Mohd Nordin bin Samah iaitu Imam Besar Masjid Negeri Pulau Pinang. Multaqa diteruskan lagi dengan ucapan aluan oleh YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM yang mewakili Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Multaqa Murabbi Ummah Peringkat negeri ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Program berakhir dengan Majlis Penyampaian Cek Cura Peruntukan Kewangan Imam, Bilal, Guru Takmir Dan Guru KAFA Negeri Pulau Pinang Tahun 2022 berjumlah RM 31,217,982.00 dan Gimik Pelancaran Penyerahan Buku Peraturan-Peraturan Pelaksanaan Program Kelas Al-Qur’an dan Fardhu Ain Tahun serta Kit Ujian Kendiri (Saliva) Covid-19 Bagi Kegunaan Guru dan Murid Kelas al-Quran Dan Fardu Ain Seluruh Malaysia Tahun 2022. Turut hadir bersama multaqa ini Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Tuah bin Ismail, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan dan Dakwah, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan YBhg. Dato' Mohd Zakuan bin Haji Zakaria, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang, YAA Dato' Muhamad Abdul Karim bin Wahab, Ketua Hakim Syarie Negeri Pulau Pinang dan YBhg. Dato’ Haji Samsudin bin Bakar, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Multaqa Murabbi Ummah Pulau Pinang 2022 1

Multaqa Murabbi Ummah Pulau Pinang 2022 2

Multaqa Murabbi Ummah Pulau Pinang 2022 3

Multaqa Murabbi Ummah Pulau Pinang 2022 4

Multaqa Murabbi Ummah Pulau Pinang 2022 5

Multaqa Murabbi Ummah Pulau Pinang 2022 6