Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal
PUTRAJAYA - Menutup tirai Mac 2022, Bahagian Pengurusan Halal (BPH), JAKIM melalui Seksyen Penguatkuasaan, Cawangan Pemantauan & Penguatkuasaan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah menganjurkan Kursus Pemantapan Penguatkuasaan Halal Di Bawah Akta Perihal Dagangan (APD) 2011 Siri 1 / 2022 bertempat di Institut Latihan Perumahan & Kerajaan Tempatan (I-KPKT), Bukit Tinggi, Bentong, Pahang yang berlangsung selama tiga (3) hari bermula 29 Mac 2022.

Kursus yang disertai oleh 32 orang pegawai dari Cawangan Pemantauan & Penguatkuasaan Halal, BPH JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) ini bertujuan meningkatkan kefahaman peserta berhubung tatacara penguatkuasaan halal dan pengurusan kertas siasatan di samping memberi pendedahan kepada peserta berhubung peruntukan Akta Perihal Dagangan (APD) 2011 serta perundangan subsidiari yang berkaitan.

Pelbagai pengisian disajikan oleh para penceramah dan fasilitator dari KPDNHEP sepanjang kursus berlangsung termasuk slot elemen pembuktian kesalahan, pembukaan dan pengurusan kertas siasatan serta latihan dalam kumpulan (LDK) dan pembentangan kumpulan bagi menilai kefahaman peserta terhadap objektif kursus.

Hadir semasa Majlis Perasmian Penutup adalah YBrs. Puan Siti Rahmaniah binti Bachok, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pemantauan & Penguatkuasaan, BPH JAKIM. Beliau menzahirkan harapan agar para pegawai yang menyertai kursus mampu mempraktikkan ilmu, maklumat semasa serta perkongsian pengalaman apabila melaksanakan penguatkuasaan halal. Untuk rekod, perasmian penutup kursus telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Shamsul Nizam Khalil, Timbalan Pengarah Penguatkuasa (Operasi), Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP.

BPH JAKIM Anjur Kursus Pemantapan Penguatkuasaan Halal 1

BPH JAKIM Anjur Kursus Pemantapan Penguatkuasaan Halal 2

BPH JAKIM Anjur Kursus Pemantapan Penguatkuasaan Halal 3

BPH JAKIM Anjur Kursus Pemantapan Penguatkuasaan Halal 4

BPH JAKIM Anjur Kursus Pemantapan Penguatkuasaan Halal 5

BPH JAKIM Anjur Kursus Pemantapan Penguatkuasaan Halal 6

BPH JAKIM Anjur Kursus Pemantapan Penguatkuasaan Halal 7

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-
www.halal.gov.my
www.islam.gov.my
#YakiniHalalMalaysia
#HalalMalaysiaHaveFaith
#KeluargaMalaysia
#AgainstCovid19