Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Bangi, 31 Mac - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), melalui Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPHEI) telah mengadakan Kursus Penguatkuasaan Syariah secara dalam talian pada 29-31 Mac 2022 secara dalam talian.

Objektif kursus ini ialah untuk:
  1. Memberi pengetahuan dan kefahaman kepada peserta mengenai aspek-aspek penting dalam bidang penguatkuasaan syariah;
  2. Meningkatkan kemahiran peserta mengenai kaedah dan teknik mengendalikan penguatkuasaan yang betul dan berkesan; dan
  3. Membentuk sikap profesionalisme dan komitmen yang tinggi ke arah pengendalian penguatkuasaan syariah yang komprehensif dan telus.

Seramai 37 peserta telah hadir mengikuti kursus ini menerusi platform Google Meet yang terdiri daripada pegawai-pegawai Hal Ehwal Islam JAKIM, MAIN dan JAIN serta Pegawai Agensi di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Slot Penguatkuasa Agama: Bidangkuasa, Peranan dan Etika, Operasi Tangkapan, Saman, Waran dan Jaminan dan Isu-isu Penguatkuasaan telah dikupas secara terperinci oleh dua orang penceramah kursus iaitu Encik Nik Azlan bin Nik Man dari Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, dan Puan Noorhanini binti Ismail dari Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Semoga dengan terlaksananya kursus ini, diharap dapat memberikan manfaat yang besar kepada peserta serta melahirkan Pegawai Hal Ehwal Islam yang berpengetahuan dan berkepakaran dalam bidang undang-undang syariah.

Kursus Penguatkuasaan Syariah 1

Sumber berita dari Laman Web ILIM : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/962-kursus-penguatkuasaan-syariah