Kurator Berita : Bahagian Undang-Undang
Putrajaya, 29 Mac 2022 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Undang-Undang telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil Bil. 162 yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Sheikh Ghazali bin Abd Rahman. Mesyuarat pada kali ini telah membincangkan cadangan pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 [Akta 355] dan draf Rang Undnag-Undang Kawalan dan Sekatan Pengembangan Doktrin Atau Kepercayaan Agama Dalam Kalangan Orang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan).

Ahli Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil juga turut berpeluang untuk bertemu mesra dengan YBhg. Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM semasa Mesyuarat tersebut. Pertemuan ini merupakan pertemuan kali pertama ahli Jawatankuasa bersama Ketua Pengarah JAKIM yang baharu. Dalam ucapan amanatnya, Ketua Pengarah JAKIM mengharapkan agar ahli Jawatankuasa dapat mencapai wahdatul fikri (kesatuan pemikiran) ke arah merealisasikan hasrat dan cadangan kerajaan untuk menyeragamkan undang-undang selaras dengan semangat “Keluarga Malaysia” yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri. Di akhir ucapannya, Ketua Pengarah JAKIM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan terima kasih kepada ahli Jawatankuasa atas komitmen, pandangan dan pengorbanan dalam usaha membantu JAKIM menyelaras dan menyeragamkan undang-undang Syariah di Malaysia.

Mesyuarat Teknikal Undang Undang Syarak Dan Sivil Bil 162 1

Mesyuarat Teknikal Undang Undang Syarak Dan Sivil Bil 162 2

Mesyuarat Teknikal Undang Undang Syarak Dan Sivil Bil 162 3

Mesyuarat Teknikal Undang Undang Syarak Dan Sivil Bil 162 4