Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) JAKIM selaku Sekretariat kepada Jawatankuasa Pelaksana Pelan Tindakan Sosial Islam (PTSI) telah mengadakan Bengkel Dashboard PTSI pada 30 Mac sehingga 1 April 2022 (Rabu – Jumaat) bertempat di Avillion Port Dickson, Negeri Sembilan melibatkan 28 orang Pegawai-Pegawai Penyelaras PTSI Agensi-Agensi di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN) seluruh Malaysia. Perasmian bengkel ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Norizan bin Abd Ghani, Pengarah Bahagian KSK JAKIM.

Objektif bengkel ini adalah untuk memberi latihan penyediaan laporan pelaksanaan PTSI menerusi Sistem Dashboard PTSI kepada pegawai-pegawai penyelaras Agensi dan JAIN. Disamping itu, bengkel ini bertujuan menyelaras pelaporan khususnya bagi program-program menangani gejala sosial yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2021, dan program-program yang telah dirancang bagi tahun 2022.

Bengkel ini dikendalikan oleh 4 orang fasilitator iaitu Puan Majidah binti Mat Jusoh dan Puan Rosnahni binti Ismail dari Bahagian Dasar Kemajuan Islam, Encik Mohd Ridzuwan bin Wari dari Bahagian Pengurusan Maklumat, dan Puan Nur Fatihah binti Mohd Sidek dari Bahagian KSK.

Dengan adanya bengkel ini diharapkan dapat memperkemaskan lagi data dan maklumat bagi pelaporan Pelan Tindakan Sosial Islam yang akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana PTSI kelak.

Bengkel Dashboard PTSI 1

Bengkel Dashboard PTSI 2

Bengkel Dashboard PTSI 3

Bengkel Dashboard PTSI 4