Kurator Berita : Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS)
14 April 2022 - Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Pusat Islam, Unit Komunikasi Korporat dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak telah berjaya menganjurkan Program Kembara Ummah Ihya' Ramadan Bersama Komuniti selama dua hari iaitu pada 13 dan 14 April bertempat di Maludam, Sarawak.

Program yang dipengerusikan oleh Saudara Muhamad Alfan bin Raduan, pelajar Semester dua Diploma Dakwah Islamiyyah telah dihadiri oleh seramai 70 orang penduduk setempat di Maludam.

Antara tujuan penganjuran program ini ialah membantu asnaf dan berkongsi ilmu bersama penduduk di Kampung Maludam, melatih pelajar IKMAS untuk menyantuni masyarakat luar, mendedahkan kaedah rukun solat yang sempurna, dan merapatkan hubungan pihak IKMAS dengan masyarakat awam.

Sepanjang program ini berlangsung, pelbagai aktiviti yang telah dijalankan kepada penduduk kampung. Antaranya ialah ceramah Ramadan Amalan Sunnah yang telah disampaikan oleh YBrs. Al-Fadhil Ustaz Mohd Taqiuddin bin Arosdie, Pensyarah IKMAS, Tausiyah Berbuka oleh YBrs. Al-Fadhil Ustaz Abdul Hady bin Adenan, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Klinik Al-Fatihah oleh YBrs. Al-Fadhil Ustaz Shahril bin Othman, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Bicara Belia oleh Saudara Muhamad Alfan bin Raduan, pelajar Semester dua Diploma Dakwah Islamiyyah, Tausiah Berbuka oleh YBrs. Al-Fadhil Ustaz Dahlan bin Daut, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam dan Imam Solat Terawih dipimpin oleh YBrs. Al-Fadhil Ustaz Ahmad Azri bin Murad, Pengerusi Pusat Islam IKMAS.

Selain itu, Unit Komunikasi Korporat IKMAS juga turut membuka booth pameran dan promosi program-program yang ditawarkan di IKMAS kepada penduduk Kampung Maludam. Tidak ketinggalan juga aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk yang telah dijalankan oleh pihak urusetia bersama masyarakat setempat.

Majlis Penutupan Program Kembara Ummah Ihya' Ramadan Bersama Komuniti ini telah disempurnakan oleh YBrs. Al-Fadhil Ustaz Ahmad Azri bin Murad, Pengerusi Pusat Islam IKMAS.

Semoga program ini akan dapat mengeratkan jalinan ukhuwah yang mantap antara IKMAS dan masyarakat awam di Kampung Maludam.

Kembara Ummah Ihya Ramadan Bersama Komuniti 1

Kembara Ummah Ihya Ramadan Bersama Komuniti 2

Kembara Ummah Ihya Ramadan Bersama Komuniti 3

Kembara Ummah Ihya Ramadan Bersama Komuniti 4