Kurator Berita : Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS)
14 April 2022 - Program Menyantuni Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera Bahagian Limbang Sempena Bulan Ramadan Al-Mubarak 1443H telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Penjara Limbang.

Program anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Sarawak dengan kerjasama Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak ini telah dihadiri oleh seramai 25 orang peserta. Tujuan penganjuran program ini ialah untuk menyantuni penduduk Penjara Limbang.

Panel penceramah jemputan ialah YBrs. Al-Fadhil Ustaz Abdul Rahim bin Othman, Penolong Pengarah Kanan IKMAS. Program ini mengalu-alukan kehadiran YBrs. Encik Choimmber Tain, Timbalan Pengarah Penjara Limbang.

Semoga program ini akan dapat mengeratkan ukhuwah antara JAKIM Sarawak, IKMAS dan Penjara Limbang.

Program Menyantuni Keluarga Malaysia Bahagian Limbang 1

Program Menyantuni Keluarga Malaysia Bahagian Limbang 2

Program Menyantuni Keluarga Malaysia Bahagian Limbang 3

Program Menyantuni Keluarga Malaysia Bahagian Limbang 4