Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Pada 28 Mac 2022, Unit Kokurikulum, Cawangan Sekolah Agama, Bahagian Pendidikan JAKIM telah mengadakan Bengkel Persiapan Dan Penyelarasan Mahrajan Memanah Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 Di Hotel Goodhope, Skudai, Johor Bharu. Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim, Pengarah Bahagian Pendidikan JAKIM. Antara yang hadir dalam bengkel ini ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Dato Haji Md Rofiki bin Dato Haji A. Shamsudin, Pegawai Bahagian Pendidikan dan Teknikal JAKIM, Pegawai Teknikal JAINJ, serta Pegawai Persatuan Memanah Johor.

Antara yang dibincangkan dalam bengkel ialah persiapan dan penyelarasan MESMA tahun 2022. Diharapkan penganjuran MESMA pada tahun 2022 dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan lancar.

Bengkel Mahrajan Memanah Kebangsaan 2022 1

Bengkel Mahrajan Memanah Kebangsaan 2022 2

Bengkel Mahrajan Memanah Kebangsaan 2022 3

Bengkel Mahrajan Memanah Kebangsaan 2022 4

Bengkel Mahrajan Memanah Kebangsaan 2022 5