Kurator Berita : Bahagian Dakwah
Semenyih, 18 April 2022 - Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan Al Kareem dan bulan Syawal yang bakal kunjung tiba, Skuad Musa'adah Keluarga Malaysia Agensi Di Bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan program turun padang menyantuni asnaf di Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fattah Semenyih. Program ini telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Hj Idris Bin Haji Ahmad, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut hadir dalam program ini adalah YB Senator Datuk Ras Adiba binti Mohd Radzi.

Dalam program ini YB Menteri telah menyantuni para penghuni di pusat jagaan ini dengan menyampaikan Sumbangan Tabung Musa'adah Covid-19 JAKIM - YWM. Sumbangan adalah berbentuk Cek Cura berjumlah RM20,000.00. Sumbangan lain berbentuk makanan sedia untuk dimakan yang bernilai RM2,500.00.

YB Menteri dalam ucapan beliau menyeru kepada semua golongan korporat supaya dapat menyumbangkan kepada dana tabung Musa'adah JAKIM dalam membantu mereka di dalam kekurangan dan ditimpa musibah.

Semoga dengan kedatangan YB Menteri ke pusat jagaan ini dapat menceria dan mengembirakan warga emas yang berada di sini terutamanya dalam bulan ramadhan dan eidul fitri yang bakal menjelma.

YBM Menyantuni Pusat Jagaan Warga Emas Di Semenyih 1

YBM Menyantuni Pusat Jagaan Warga Emas Di Semenyih 2

YBM Menyantuni Pusat Jagaan Warga Emas Di Semenyih 3

YBM Menyantuni Pusat Jagaan Warga Emas Di Semenyih 4

YBM Menyantuni Pusat Jagaan Warga Emas Di Semenyih 5

YBM Menyantuni Pusat Jagaan Warga Emas Di Semenyih 7

YBM Menyantuni Pusat Jagaan Warga Emas Di Semenyih 8

YBM Menyantuni Pusat Jagaan Warga Emas Di Semenyih 9

YBM Menyantuni Pusat Jagaan Warga Emas Di Semenyih 10