Kurator Berita : Bahagian Dakwah
KUDAT - 21 April 2022: Walaupun jauh dipisahkan oleh Laut China Selatan, namun atas semangat Keluarga Malaysia yang dilaungkan oleh YAB Perdana Menteri, Skuad Musaadah Keluarga Malaysia Agensi Di Bawah YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah turun padang menyantuni mangsa kebakaran di Kampung Landung Ayang, Kudat Sabah.

Rombongan ini telah diketuai oleh YBrs Tuan Haji Ruslan bin Said, Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM. Turut hadir dalam program tersebut ialah YBhg Dato' Haji Norjeli bin Dais, Pengarah JAKIM Sabah, Tn Hj Mohd Zamri bin Syapiq, Pengarah IPDAS Keningau dan Tn Hj Mohd Bakri bin Nanun, Pegawai Daerah Kudat.

Dalam majlis tersebut SMKM telah menyampaikan sumbangan kepada 147 KIR yang bernilai RM29,400.00 dalam bentuk barangan keperluan dan wang tunai hasil sumbangan Tabung Musaadah Covid-19 JAKIM-YWM.

Penduduk yang ditemui mengucapkan terima kasih SMKM di atas keprihatinan dan kecaknaan untuk membantu mereka terutamanya ketika umat Islam yang akan menyambut eidul fitri tidak lama lagi.

Sumbangan Mangsa Kebakaran Kampung Landung Ayang 1

Sumbangan Mangsa Kebakaran Kampung Landung Ayang 2

Sumbangan Mangsa Kebakaran Kampung Landung Ayang 3

Sumbangan Mangsa Kebakaran Kampung Landung Ayang 4

Sumbangan Mangsa Kebakaran Kampung Landung Ayang 5

Sumbangan Mangsa Kebakaran Kampung Landung Ayang 7

Sumbangan Mangsa Kebakaran Kampung Landung Ayang 8