Kurator Berita : Bahagian Dakwah
BANGI: 22 April 2022. Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Masjid Putra, Putrajaya dan Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi telah bejaya menganjurkan Program Raikan Ramadan dan Tadarus Al-Quran Bersama Komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) dan Anak-anak Yatim (Asnaf) Tahun 2022 bertempat di PLPP, Bangi, Selangor.

Program yang telah dijayakan bersama rakan strategik iaitu QSR Brands Holdings (M) Berhad dan Yayasan Taqwa ini disertai oleh pelatih PLPP yang terdiri daripada 50 orang komuniti OKU dan juga 40 orang anak-anak yatim dari Pertubuhan Pusat Jagaan Limpahan Kasih, Puchong, Selangor.

Objektif program ini adalah bertujuan untuk menyantuni komuniti OKU dan anak-anak yatim melalui aktiviti keagamaan supaya mereka juga dapat bersama-sama menikmati dan memanfaatkan kelebihan bulan Ramadan seperti insan lain serta dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama insan.

Program ini turut dihadiri oleh Pengarah PLPP iaitu YBrs. Tuan Ismail bin Kasan dan telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Salahuddin bin Haji Ghozali, Imam Besar, Masjid Putra, Putrajaya yang sudi merasmikan program berkenaan.

Program Ramadan dan Tadarus Bersama OKU dan Asnaf Tahun 2022 1

Program Ramadan dan Tadarus Bersama OKU dan Asnaf Tahun 2022 2

Program Ramadan dan Tadarus Bersama OKU dan Asnaf Tahun 2022 3

Program Ramadan dan Tadarus Bersama OKU dan Asnaf Tahun 2022 4

Program Ramadan dan Tadarus Bersama OKU dan Asnaf Tahun 2022 5

Program Ramadan dan Tadarus Bersama OKU dan Asnaf Tahun 2022 6

Program Ramadan dan Tadarus Bersama OKU dan Asnaf Tahun 2022 7

Program Ramadan dan Tadarus Bersama OKU dan Asnaf Tahun 2022 8

Program Ramadan dan Tadarus Bersama OKU dan Asnaf Tahun 2022 9

Program Ramadan dan Tadarus Bersama OKU dan Asnaf Tahun 2022 10