Kurator Berita : Bahagian Dakwah
PUTRAJAYA, 19 April 2022: Program Al Qawwiyul Amin Al Quran Penyuluh Kehidupan telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Seramai 200 peserta yang terdiri daripada pelajar IPTA dan IPTS di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor telah bersama-sama menjayakan program ini. Antara program yang dijalankan adalah Forum bicara Quran yang menampilkan 2 orang panel iaitu Ustaz Mohd Meeftah bin Anuar dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin, Pendakwah Bebas serta forum dikendalikan oleh Ustaz Akmal bin Abdul Aziz, Institut Latihan Islam Malaysia. Program diteruskan dengan tadarus AlQuran yang dibimbing oleh para pelajar Darul Quran, khatam Al Quran dan sesi Tadabur Al Quran oleh YB Datuk Ahmad Marzuk Bin Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Majlis Perasmian Program Al Qawwiyul Amin telah disempurnakan oleh YB Datuk Ahmad Marzuk Bin Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).Turut hadir dalam majlis ini Ketua Pengarah Jakim, Datuk Hajjah Hakimah binti Mohd Yusoff dan Pengarah Kanan Bahagian Dakwah, Tuan Haji Ruslan bin Said.

Di kesempatan ini juga YB Datuk Ahmad Marzuk Bin Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) turut serta dalam program khatam Al Quran seterusnya menyampaikan sijil penghargaan kepada pembimbing dan peserta program tadarus AlQuran.

Program Al Qawiyyul Amin Al Quran Penyuluh Kehidupan 1

Program Al Qawiyyul Amin Al Quran Penyuluh Kehidupan 2

Program Al Qawiyyul Amin Al Quran Penyuluh Kehidupan 3

Program Al Qawiyyul Amin Al Quran Penyuluh Kehidupan 4

Program Al Qawiyyul Amin Al Quran Penyuluh Kehidupan 5

Program Al Qawiyyul Amin Al Quran Penyuluh Kehidupan 6