Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
Cyberjaya, 21 April 2022 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor, Yayasan Waqaf Malaysia, Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya bersama rakan-rakan strategik Yayasan Ihtimam Malaysia, QSR Brands Malaysia Holding Bhd, Syarikat Kilang Mamee Sen Bhd dan Syarikat Loob Integrated Sdn Bhd telah menganjurkan Program Semarak Kasih Ramadhan Bersama Komuniti Disayangi sempena menyambut Ramadhan 1443H di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya, Selangor.

Program yang diadakan secara tahunan ini telah dirangka bertujuan untuk menyantuni 100 orang komuniti seperti komuniti Hijrah, Orang Dengan HIV/AIDS (ODHA), Orang Kena Pengawasan Dadah (OKP) dan penghuni rumah perlindungan Ar-Riqab di bawah seliaan Majlis Agama Islam Selangor serta remaja-remaja yang berhadapan dengan masalah sosial.

Program ini bertujuan untuk menyantuni Komuniti Disayangi serta mengimarahkan Bulan Ramadan dengan bacaan tadarus Al-Quran dan tazkirah santai bersama YBrs. Ustaz Nabil bin Ahmad di samping mewujudkan kolaborasi strategik bersama semua pihak yang terlibat.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan diteruskan dengan penyampaian sumbangan wang tunai oleh Majlis Agama Islam Selangor dan sumbangan barangan keperluan kepada rumah pemulihan Ar-Riqab oleh Yayasan Waqaf Malaysia. Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM dan pegawai-pegawai kanan JAKIM. Para peserta juga turut mendapat tajaan dari KFC, Mamee dan Tealive. Semoga program ini dapat menjadi pemangkin semangat dan sinar baru buat komuniti disayangi.

Program Semarak Kasih Ramadhan Bersama Komuniti Disayangi 1

Program Semarak Kasih Ramadhan Bersama Komuniti Disayangi 2

Program Semarak Kasih Ramadhan Bersama Komuniti Disayangi 3

Program Semarak Kasih Ramadhan Bersama Komuniti Disayangi 4

Program Semarak Kasih Ramadhan Bersama Komuniti Disayangi 5

Program Semarak Kasih Ramadhan Bersama Komuniti Disayangi 6

Program Semarak Kasih Ramadhan Bersama Komuniti Disayangi 7