Kurator Berita : Bahagian Maqasid Syariah
Putrajaya – 22 April 2022, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Maqasid Syariah telah mengadakan Program Town Hall dan Pelancaran Buku Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera yang telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia. Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk mempromosikan Gagasan Keluarga Malaysia bagi melahirkan keluarga sejahtera melalui pemerkasaan tadbir urus yang efektif dan efisien.

Bagi memastikan keharmoniaan dan kemakmuran kehidupan bermasyarakat dalam negara ini tercapai Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memperkenalkan konsep Keluarga Malaysia yang mana ia merupakan semangat yang diterapkan kerajaan dalam pentadbiran negara, di mana kepentingan dan kesejahteraan rakyat dipelihara seperti menjaga sebuah keluarga. Dalam merealisasikan seruan kerajaan ini, JAKIM dan IKIM telah berjaya membangun dan menerbitkan Buku Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera. Buku Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera ini memberi penekanan kepada aspek memperkukuhkan semangat perpaduan dan sikap saling menghormati dengan mengambil kira konsep fiqh al-ta‘ayush, iaitu fiqh hidup bersama yang sesuai diamalkan di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa, budaya, penganut agama dan ideologi.

Program Town Hall telah disampaikan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut hadir di program ini ialah Yang Berhormat Datuk Ahmad Marzuk Bin Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (HEA), YAA Dato’ Setia Dr. Mohd Nai’im bin Haji Mokhtar, Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, YBhg. Dr. Mohamed Azam bin Mohamed Adil, Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Program ini telah dihadiri oleh seramai 200 orang tetamu jemputan terdiri daripada Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian, ketua-ketua agensi di bawah YBM (Hal Ehwal Agama), wakil-wakil daripada JAIN dan MAINS serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Town Hall dan Pelancaran Buku Keluarga Malaysia 1

Town Hall dan Pelancaran Buku Keluarga Malaysia 2

Town Hall dan Pelancaran Buku Keluarga Malaysia 3

Town Hall dan Pelancaran Buku Keluarga Malaysia 4

Town Hall dan Pelancaran Buku Keluarga Malaysia 5

Town Hall dan Pelancaran Buku Keluarga Malaysia 6

Town Hall dan Pelancaran Buku Keluarga Malaysia 7