Kurator Berita : Darul Quran
25 April 2022 – Tan Mike Foong, pelajar Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat, Darul Quran JAKIM telah menerima jemputan dari Yayasan Restu untuk memperdengarkan bacaan al-Quran al-Karim dalam Majlis Pelancaran Al-Quran Al-Karim Dan Terjemahan Bahasa Cina. DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj telah berkenan merasmikan majlis yang diadakan di Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor Shah Alam ini.

Tan Mike Foong yang merupakan seorang muallaf serta OKU penglihatan telah memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dari Surah al-Hujurat ayat 13 hingga 18. Turut hadir dalam majlis ini ialah Orang-Orang Besar Daerah Negeri Selangor, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor dan Sahibus Samahah Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor.

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa serta bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu)."

[Surah al-Hujurat (49):13]

Mike Perdengar Bacaan Al Quran Di Hadapan Sultan Selangor

Sumber berita dari Laman Web Darul Quran : https://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=557