Kurator Berita : Darul Quran
26 April 2022 – Seramai 12 orang panel temu duga dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bersama 12 orang panel dari Darul Quran telah menemu duga 82 orang calon bagi Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM Sesi 2022-2023. Sesi temu duga ini telah diadakan secara hibrid iaitu secara bersemuka di Darul Quran JAKIM Kuala Kubu Bharu bagi calon-calon dari Semenanjung serta secara dalam talian bagi calon-calon dari Sabah dan Sarawak.

Setiap calon perlu melalui dua fasa dalam sesi temu duga ini iaitu temu duga akademik bersama pihak UIAM dan ujian hafazan al-Quran bersama pihak Darul Quran. Antara aspek yang dinilai untuk kemasukan ke program ini selain kelayakan SPM tahun semasa ialah syarat bumiputera, tahap kesihatan, lulus sesi temuduga dan lain-lain. Selain itu, setiap pemohon juga perlu memilih UIAM sebagai pilihan utama melalui UPUOnline sebagai prasyarat kelayakan.

Sesi Temuduga Pelajar Baharu Pensijilan JAKIM IIUM

Sumber berita dari Laman Web Darul Quran : https://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=558