Kurator Berita : Darul Quran
28 April 2022 – Ahli-ahli Jawatankuasa Penasihat Akademik (JKPA) Darul Quran telah bersidang untuk kali pertama tahun ini bagi mempertimbang dan memperakukan 11 kertas cadangan serta makluman. Mesyuarat yang diadakan secara dalam talian ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM, Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee dengan Pengarah Darul Quran bertindak selaku Setiausaha.

Dalam ucapan aluannya beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua ahli JKPA kerana memberikan komitmen yang tinggi kepada Darul Quran serta sudi berkongsi idea-idea yang baik setiap kali mesyuarat diadakan.

Dalam ucapannya juga Pengerusi telah memaklumkan bahawa jumlah terkini pelajar yang sedang mengikuti program pengajian Darul Quran JAKIM sehingga 1 April 2022 berjumlah seramai 1,819 orang iaitu 841 orang di kampus Darul Quran JAKIM Kuala Kubu Bahru, 738 orang di Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ) seluruh Malaysia dan 240 orang di tujuh Institusi Pengajian Tinggi yang berkolaborasi dengan Darul Quran iaitu di UNITEN, UoC, UTeM, MSU, Politeknik Shah Alam, IPG Bangi dan Politeknik Behrang.

”Saya sekali lagi merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat. Semoga Darul Quran terus gemilang dalam melahirkan para huffaz yang terbilang untuk pembangunan ummah dan negara. Selamat berpuasa dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin,” kata Pengerusi sebelum menamatkan mesyuarat kali ini.

Jawatankuasa Penasihat Akademik DQ Bersidang Hari Ini

Sumber berita dari Laman Web Darul Quran : https://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=560