Kurator Berita : Darul Quran
28 April 2022 – Setelah 18 hari berlalu bermula pada 11 hingga 28 April 2022, akhirnya para peserta Kursus Pensijilan Pembelajaran dan Pengajaran bagi Pensyarah Darul Quran serta Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ) tahun 2022 telah hampir sampai ke penghujung. Kursus yang dilaksanakan secara dalam talian ini merupakan kerjasama antara Darul Quran dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Para peserta kursus pula terdiri daripada pensyarah-pensyarah Darul Quran dan LTDQ yang bertujuan meningkatkan kompetensi serta kemahiran dalam aspek pembelajaran dan pengajaran.

Antara pengisian kursus adalah berkaitan profesionalisme ahli akademik, reka bentuk kurikulum, tips untuk memahami pelajar sama ada dalam pembelajaran umum dan pendidikan tahfiz serta pelbagai lagi sesi yang dapat meningkatkan kemahiran para pensyarah. Sesi yang terakhir bersama dengan Prof. Madya. Ts. Dr. Balamuralithara a/l Balakrishnan yang membincangkan berkenaan penerapan kemahiran aras tinggi dalam pengajaran dan aktiviti dalam pembelajaran.

Namun kursus ini tidak berakhir secara total di sini. Dalam taklimat penutup yang disampaikan oleh Encik Syed Nurshairazi Syed Ramli (urusetia UPSI), setiap peserta diwajibkan juga untuk menyiapkan tugasan yang disediakan oleh UPSI dan perlu diserahkan dalam masa dua bulan lagi. Selain itu, setiap peserta juga perlu melalui sesi pencerapan yang akan dipantau oleh para pensyarah UPSI pada bulan Julai nanti.

Semoga semua peserta berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan dan melalui sesi pencerapan dengan baik seterusnya menamatkan kursus dengan jayanya.

Sesi Kuliah Kursus Pensijilan PDP Bersama UPSI Berakhir

Sumber berita dari Laman Web Darul Quran : https://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=561