Kurator Berita : Bahagian Dasar Kemajuan Islam
PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Dasar Kemajuan Islam (BDKI) telah bekerjasama dengan Bahagian Pengurusan Pendidikan, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bagi menjayakan Advokasi Dasar Pendidikan Tahfiz Negara & Lawatan Strategik Tahfiz Zon Selatan pada 12 Mei 2022 bertempat di Hotel Bendahara, Melaka.

Sesi advokasi ini bertujuan untuk mendapatkan laporan tindakan dan perbincangan bersama wakil Pihak Berkuasa Agama Negeri berkaitan pelaksanaan Pelan Tindakan DPTN 2.0 bagi tahun 2022. Sesi kali ini telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan, Timbalan Pengarah BDKI yang turut melibatkan pegawai-pegawai daripada Bahagian Pengurusan Pendidikan Jabatan Agama Islam Melaka, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Darul Quran JAKIM, dan Bahagian Pendidikan JAKIM.

Seterusnya, semua ahli mesyuarat telah dibawa melawat Pondok Darul Ulum Al-Arabiah Al-Islamiah (DUAI) di Pulau Gadong, Melaka. Pondok DUAI mula beroperasi pada awal tahun 2009 dan telah didaftarkan di bawah Jabatan Agama Islam Melaka. Pondok ini memberi tumpuan kepada bacaan dan hafazan Al-Quran kepada pelajar bermula seawal umur 10 tahun bagi memartabatkan Al-Quran dan melahirkan satu ummah yang mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW demi mencapai kebahagiaan di akhirat.
 
Pelaksanaan advokasi ini diharap dapat memperkukuh kerjasama dengan Pihak Berkuasa Agama Negeri dalam merealisasikan hasrat DPTN dan memartabatkan pendidikan tahfiz di Malaysia.

Advokasi Dasar Pendidikan Tahfiz Negara Di Zon Tengah 1

Advokasi Dasar Pendidikan Tahfiz Negara Di Zon Tengah 3

Advokasi Dasar Pendidikan Tahfiz Negara Di Zon Tengah 4

Advokasi Dasar Pendidikan Tahfiz Negara Di Zon Tengah 5

Advokasi Dasar Pendidikan Tahfiz Negara Di Zon Tengah 6

Advokasi Dasar Pendidikan Tahfiz Negara Di Zon Tengah 7

Advokasi Dasar Pendidikan Tahfiz Negara Di Zon Tengah 8

Advokasi Dasar Pendidikan Tahfiz Negara Di Zon Tengah 9