Kurator Berita : Bahagian Dakwah
22 Mei 2022 (Ahad) | Program Musaadah Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera Di Bahagian Miri 2022 mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Kerjasama strategik pada kali ini terdiri daripada JAKIM Sarawak bersama Bahagian Dakwah JAKIM Putrajaya, Pejabat Agama Islam Bahagian Miri, serta Jawatankuasa Pengurusan Masjid An-Naim, Lutong.

Pihak penganjur telah menyediakan pengisian menarik sempena dengan penganjur program ini. Antaranya Seminar Tahsin Bacaan Dalam Solat yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Zulkifli bin Makhtar (Penolong Pengarah Darul Quran JAKIM, Pameran Agensi/ Institut, Klinik Fiqh Wanita serta Penyampaian Bakul Kasih kepada Golongan Orang Kurang Upaya (OKU), Komuniti Saudara Kita, Sahabat Gereja Anglican, Lutong dan Komuniti Fakir Miskin.

Majlis perasmian Program Musaadah Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera di Bahagian Miri 2022 telah disempurnakan oleh YBrs. Ustaz Hamdan bin Jar'ee, Pengarah JAKIM Sarawak. Turut bersama hadir menyempurnakan majlis Ustaz Awang Nib Zuhairi bin Awang Ahmad, Pegawai Agama Islam Bahagian Miri, Tuan Haji Mohd Roska bin Haji Mohamed Rasidek Penolong Pengarah Kanan Bahagian Dakwah Ibu Pejabat JAKIM Putrajaya, Pengerusi Lembaga Masjid An-Naim, Lutong serta Wakil Pengurusan Gereja Anglican, Lutong.

Pengerusi Masjid dan wakil pengurusan gereja mengucapkan jutaan terima kasih kepada JAKIM di atas inisiatif bantuan musa'adah ini yang sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mereka dan mengeratkan lagi hubungan yang sedia terjalin antara pihak masjid dan gereja.

Objektif program ini adalah sebagai bukti kukuh yang telah dizahirkan bahawa perpaduan dan keharmonian antara komuniti Islam dan bukan Islam di Sarawak sentiasa terpelihara dan menjadi contoh Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera.

Skuad Musaadah Menyantuni Keluarga Malaysia Di Bumi Miri 1

Skuad Musaadah Menyantuni Keluarga Malaysia Di Bumi Miri 2

Skuad Musaadah Menyantuni Keluarga Malaysia Di Bumi Miri 3

Skuad Musaadah Menyantuni Keluarga Malaysia Di Bumi Miri 4

Skuad Musaadah Menyantuni Keluarga Malaysia Di Bumi Miri 5

Skuad Musaadah Menyantuni Keluarga Malaysia Di Bumi Miri 6