Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Kundasang, 17-19 Mei 2022 - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan Kursus Kepimpinan Pendidikan Abad 21 di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Kundasang melibatkan 37 orang pegawai Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) Kampus Keningau dan Kampus Kudat dari pelbagai skim (Gred 29 dan ke atas).

Kursus yang diadakan selama tiga (3) hari ini antara lain bertujuan untuk memperkukuh keyakinan dan paradigma kepimpinan pendidikan selari dengan kehendak abad 21 serta mengenalpasti intervensi-intervensi yang dapat membantu proses transformasi kepimpinan pendidikan lebih mantap.

Kursus ini disampaikan oleh Tuan Haji Abdul Jalil Saad, Konsultan SJ Facilitation Sdn Bhd. yang berpengalaman luas dalam melaksanakan latihan kepada jabatan/agensi kerajaan dan swasta.

Antara aspek yang diberi penekanan dalam kursus ini adalah berkaitan konsep kepimpinan dan pengurusan dalam kepimpinan pendidikan arus perdana. Kepimpinan pendidikan abad 21 perlu diterapkan dalam minda para peserta agar dapat memajukan IPDAS seiring dengan keperluan semasa.

Semoga kursus ini berjaya memberi pendedahan dan input berguna kepada para peserta khususnya dalam aspek kepimpinan pendidikan dan pengurusan organisasi yang lebih berkualiti.

Kursus Kepimpinan Pendidikan Abad 21 4

Sumber berita dari Laman Web ILIM : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/983-kursus-kepimpinan-pendidikan-abad-21