Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Bangi, 19 Mei - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah dipertanggungjawabkan bagi mengendalikan Kursus Smart Integriti kepada kementerian, jabatan dan agensi kerajaan. Sehubungan itu, bagi melaksanakan tanggungjawab tersebut, ILIM telah mengambil insiatif menganjurkan Makmal Simulasi Penceramah dan Fasilitator Kursus Smart Integriti melibatkan seramai 25 orang peserta daripada ILIM dan Kader JAKIM pada 18-19 Mei 2022 (Rabu - Khamis) yang lalu. Antara kandungan program ini ialah Gamifikasi; Ice Breaking, Energizer, Real Time Talk, Explorace Integrity, Slot Ceramah dan Slot Penghayatan: Azam dan Tekad.

Antara tujuan dan objektif makmal simulasi ini diadakan adalah bagi pembentukan dan pemantapan pasukan penceramah dan fasilitator yang berkualiti. Program ini telah dikendalikan oleh Encik Zulkifli bin Tukiman dan dibantu Encik Khairun Nizam bin Abd Samad daripada Institut Latihan Islam Malaysia, Kampus Utama Bangi.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Puan Khairani binti Husin, Ketua Penolong Pengarah Kluster Kecemerlangan dan Kepemimpinan Islam ILIM. Dalam ucapan penutupan, beliau mengharapkan agar program seumpama ini dapat memberi manfaat sebagai persediaan menjadi penceramah dan fasilitator yang mantap bukan sahaja untuk Kursus Smart Integriti bahkan bagi program-program lain yang akan dilaksanakan.

Makmal Simulasi Penceramah dan Fasilitator Kursus Smart Integriti 1

Sumber berita dari Laman Web ILIM : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/984-makmal-simulasi-penceramah-dan-fasilitator-kursus-smart-integriti