Kurator Berita : Darul Quran
20 Mei 2022 - Mesyuarat Semakan Perjanjian Kerjasama Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah dengan Kepujian Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Darul Quran telah diadakan bersama pihak Fakulti Pengajian Quran & Sunnah USIM. Ia bagi meneliti semula draf perjanjian yang telah dibuat, sebelum dokumen ini dimuktamadkan dan ditandatangani.

Sesi perbincangan ini dipengerusikan oleh Pengarah Darul Quran, Ustaz Mohamad Kori bin Jusoh. Hadir bersama adalah Prof. Madya Dr. Mohd Zohdi Mohd Amin, Dekan Fakulti Pengajian Quran & Sunnah selaku ketua rombongan daripada Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah USIM. Dokumen perjanjian ini dijangka akan ditandatangani pada Julai 2022 sebelum sesi pengambilan pelajar pada September 2022.

Semoga usaha murni kedua-dua pihak dalam memastikan kelangsungan program kerjasama ini dapat dilaksanakan dengan baik serta harmoni seterusnya mendapat ganjaran daripada Allah SWT.

Semakan MoA Program Ijazah USIM DQ

Sumber berita daripada Laman Web Darul Quran : https://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=566