Kurator Berita : Darul Quran
25 Mei 2022 - Persidangan Pengetua–Pengetua Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Peringkat Kebangsaan Kali ke-40 telah diadakan pada 23 Mei 2022 hingga 25 Mei 2022 bertempat di Hatten Hotel, Bandar Hilir Melaka. Penganjuran persidangan bagi kali ini adalah merupakan kerjasama antara Darul Quran JAKIM dengan Kolej Al-Quran Sayyidina Ali (KAQSA) Melaka.

Persidangan yang berlangsung selama tiga hari ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Rais bin Dattuk Wira Yasin, Exco Pendidikan & Teknologi mewakili YAB Ketua Menteri Melaka. Turut serta pada majlis perasmian tersebut YBhg. Datuk Wira Hj. Md. Rawi bin Mahmud, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka, YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah Dasar JAKIM, YBhg. Dato’ Che Shukri bin Che Mat, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka, Ustaz Muhammad Kori bin Jusoh, Pengarah Darul Quran dan dif-dif kehormat.

Persidangan yang diadakan dua kali setahun ini adalah satu forum rasmi antara Darul Quran dan Maahad-Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri (Lokasi Tambahan DQ) yang berkolaborasi dengan Darul Quran dalam menjalankan Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat. Objektif persidangan ini antaranya untuk menyampaikan keputusan dasar yang diluluskan oleh Lembaga Darul Quran selain menyelaras aktiviti akademik, penaziran dan juga peperiksaan. Selain itu ruang ini juga merupakan platform untuk saling menyampaikan pandangan dan cadangan, merangka aktiviti untuk merapatkan hubungan antara Darul Quran serta Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri sama ada di peringkat pengurusan, pensyarah atau pelajar.

Dengan berakhirnya persidangan kali ini diharapkan semoga segala keputusan yang diputuskan oleh pihak DQ serta Lokasi Tambahan DQ dapat meningkatkan lagi kualiti pelaksanaan program pengajian khususnya berkaitan Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat.

DQ dan 10 Lokasi Tambahan DQ Bersidang di Melaka

Sumber berita daripada Laman Web Darul Quran : https://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=572