Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Bangi, 20 Mei - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPHEI) telah mengadakan Kursus Fungsian Khusus (KFK) Kursus Fiqh Muamalat pada 18 hingga 20 Mei 2022 bersamaan 17 hingga 19 Syawal 1443 bertempat di Bilik Kuliah Abdul Qadir al-Jailani, Blok Akademik A ILIM.

Kursus ini merupakan salah satu kursus di bawah sembilan teras perkhidmatan Hal Ehwal Islam iaitu Muamalat dan Kewangan Islam. Ia telah telah disertai oleh 29 orang Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S44 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan KADER.

Kursus ini diadakan bertujuan memberi kefahaman asas fiqh, usul fiqh dan maqasid syariah, sumber-sumber hukum syariah, kepentingan maqasid syariah dalam bidang muamalat dan mengenal pasti peranan institusi perbankan Islam, koperasi, pasaran modal, dan konsep ar-Rahnu.

Penjelasan dan perkongsian maklumat kursus disampaikan oleh tiga orang penceramah iaitu Al-Fadhil Tuan Haji Ahmad Fauwaz bin Ali@Fadzil, penceramah bebas, Dr. Ahmad Sufian bin Che Abdullah, Pensyarah Kanan UM dan Dr. Mohd Faisol bin Ibrahim, Pensyarah Kanan USIM. Kursus yang berlangsung selama tiga hari ini selain membincangkan tentang muamalat juga melibatkan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LD) dan juga kuiz menerusi Quizzes.

Semoga kursus yang bermanfaat ini berjaya mencapai matlamat dalam memberi kemahiran kepada peserta berkenaan muamalat kontemporari serta melahirkan pegawai yang berilmu dan berkemahiran dalam tugasan.

Kursus Fiqh Muamalat 3

Sumber berita daripada Laman Web ILIM : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/987-kursus-fiqh-muamalat