Kurator Berita : Bahagian Undang-Undang
Putrajaya, 31 Mei 2022 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Undang-Undang telah mengadakan Mesyuarat Sekretariat Dasar Perundangan Syariah Bil. 1/2022 yang dipengerusikan oleh YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Mesyuarat ini turut dihadiri oleh—

(i) YBhg. Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM;
(ii) YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM;
(iii) YAA Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia;
(iv) YBhg. SS Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan;
(v) YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan;
(vi) YBhg. Tan Sri Sheikh Ghazali bin Abd Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil;
(vii) YAA Tuan Haji Mohd Asri bin Haji Tahir, Ketua Hakim Syarie, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan;
(viii) YBrs. Puan Hajah Noor Hadina binti Ahmad Zabidi, Pengarah / Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan; dan
(ix) YBhg. Dato’ Anas bin Ahmad Zakie, Ketua Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-Undang, Jabatan Peguam Negara.

Antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan status semasa penggubalan undang-undang Syariah dan implikasi terhadap penyelarasan undang-undang Syariah berikutan pindaan Peraturan-Peraturan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia 2022. Selain itu, YB Menteri turut menekankan bahawa aspek perundangan Syariah secara keseluruhannya perlu sentiasa dilihat mempunyai keupayaan dinamik, adil dan boleh menjadi rujukan. Usaha mengarusperdanakan sistem kehakiman dan perundangan Syariah merupakan tugas yang perlu digalas bersama oleh agensi di bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Mesyuarat Sekretariat Dasar Perundangan Syariah Bil 1 2022 1

Mesyuarat Sekretariat Dasar Perundangan Syariah Bil 1 2022 2