Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah
1-2 Jun 2022 - Bengkel Latihan Pengguna Sistem e-Jinayat Versi 3.1 Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan bagi Modul Penguatkuasaan telah dilaksanakan pada 1 – 2 Jun 2022 bertempat di Bilik Simulasi Aras 5 Blok A, Bahagian Pengurusan Maklumat JAKIM. Seramai 60 orang Pegawai Penguat Kuasa Agama Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengikuti sesi latihan ini.

Objektif bengkel latihan ini dilaksanakan adalah bagi mendedahkan penggunaan sistem e-Jinayat kepada PPA JAWI sebagai medium utama dalam penyediaan fail siasatan secara dalam talian.

Sepanjang bengkel latihan tersebut, semua PPA telah diberikan taklimat keseluruhan berkenaan Modul Penguatkuasaan oleh Encik Shah Juhan Samsuri. Sesi simulasi sistem juga dijalankan kepada semua PPA dan setiap PPA diminta untuk mengakses sistem dan menyiapkan tugasan yang diberikan.

Diharapkan dengan penggunaan Sistem e-Jinayat ini secara langsung dapat menjimatkan masa dan meningkatkan integriti pegawai dalam pengendalian sesuatu kes seterusnya memberikan impak positif dan manfaat yang besar kepada pengurusan kes-kes di peringkat penguatkuasaan dan juga pendakwaan.

Bengkel Latihan Pengguna e Jinayat 3 1 JAWI 1

Bengkel Latihan Pengguna e Jinayat 3 1 JAWI 2

Bengkel Latihan Pengguna e Jinayat 3 1 JAWI 3

Bengkel Latihan Pengguna e Jinayat 3 1 JAWI 4