Kurator Berita : Bahagian Dasar Kemajuan Islam
BANGI – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Dasar Kemajuan Islam (BDKI) telah bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Agama negeri-negeri, Bahagian Pendidikan Islam KPM, Bahagian Pendidikan JAKIM, Darul Quran JAKIM dan persatuan tahfiz berjaya melaksanakan Bengkel Pembangunan Garis Panduan Pengurusan Tahfiz Siri 1 pada 30 dan 31 Mei 2022 bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Bangi.

Bengkel ini diadakan bagi menghasilkan satu garis panduan yang akan membantu pihak berkuasa negeri dan institusi tahfiz memastikan urus tadbir yang berkualiti. Pensyarah Kanan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Muhammad Hafiz bin Salleh telah memberi komitmen membimbing semua ahli bengkel dengan jayanya. Selain itu, wakil persatuan tahfiz seperti Ustaz Muhamad Hafiz Muhamad Haneefa (Pengerusi PITAS), Dr. Musa bin Ahmad (Timbalan Presiden PERMATA), Dr. Muhammad Faizal Tahiruddin (Naib Presiden PERMATA) Ustaz Mohd Dailami (Bendahari PINTA Kebangsaan) turut memberi pandangan berdasarkan pengalaman sebenar mengurus institusi tahfiz. Ketua Penolong Pengarah Cawangan Dasar Pendidikan Tahfiz BDKI, Puan Kasumawati Kasim amat mengalu-alukan kerjasama mantap semua ahli bengkel bagi menghasilkan satu garis panduan yang mampu dirujuk dan digunapakai oleh semua institusi tahfiz.

Pelaksanaan bengkel kali ini berjaya menghasiilkan draf awal garis panduan dan akan disusuli dengan beberapa siri bengkel lagi dalam masa terdekat. Semoga usaha ini dapat memperkemas kerjasama strategik antara JAKIM dengan semua pihak yang mencintai al-Quran dan generasi huffaz.

Sinergi Membangunkan Garis Panduan Pengurusan Tahfiz Siri 1 1

Sinergi Membangunkan Garis Panduan Pengurusan Tahfiz Siri 1 2

Sinergi Membangunkan Garis Panduan Pengurusan Tahfiz Siri 1 3

Sinergi Membangunkan Garis Panduan Pengurusan Tahfiz Siri 1 4

Sinergi Membangunkan Garis Panduan Pengurusan Tahfiz Siri 1 5

Sinergi Membangunkan Garis Panduan Pengurusan Tahfiz Siri 1 6

Sinergi Membangunkan Garis Panduan Pengurusan Tahfiz Siri 1 7

Sinergi Membangunkan Garis Panduan Pengurusan Tahfiz Siri 1 9

Sinergi Membangunkan Garis Panduan Pengurusan Tahfiz Siri 1 11

Sinergi Membangunkan Garis Panduan Pengurusan Tahfiz Siri 1 12