Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Bangi, 17 Mei – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPHEI) telah mengadakan Kursus Tafaqquh Fiddin Siri 2 secara dalam talian yang menyasarkan kepada Pegawai Hal Ehwal Islam S41-48 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Program ini dilaksanakan pada 17 Mei 2022 menggunakan platform Google Meet.

Kursus yang diadakan adalah berdasarkan bacaan teks, huraian dan perbincangan serta soal jawab dibimbing oleh Dato’ Dr. Haji Anhar bin Opir D.P.M.S dengan merujuk Kitab Al-Mu'tamad Fil-Fiqh Asy-Syafi'i. Siri kali ini telah mengupas topik berkaitan adab qada’ hajat, siwak dan sunnah- sunnah fitrah.

Justeru semoga siri kelas pengajian ini dan siri-siri akan datang berjaya mencapai matlamatnya dalam meningkatkan penguasaan bidang ilmu fiqh dalam kalangan Pegawai Hal Ehwal Islam, serta melahirkan kepakaran yang mahir ilmu bacaan kitab turath.

Kursus Tafaqquh Fiddin Siri 2 1

Sumber berita daripada Laman Web ILIM : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/995-kursus-tafaqquh-fiddin-siri-2-kitab-al-mu-tamad-fil-fiqh-asy-syafi-i