Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Besut, 31 Mei - Kluster Pembangunan Insan, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Besut telah mengadakan Kursus Pemantapan Pengurusan Keluarga Siri 2 secara bersemuka. Kursus ini telah berlangsung selama dua (2) hari bermula 30 hingga 31 Mei 2022 dengan disertai seramai 21 orang peserta terdiri daripada pegawai-pegawai pelbagai skim dari pelbagai Agensi/Jabatan seluruh Malaysia dan Agensi di bawah Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) terutama di sekitar Daerah Besut, Terengganu dan Kelantan.

Objektif penganjuran kursus ini untuk memahami konsep dan senario pengurusan keluarga. Kursus ini dikendalikan oleh penceramah yang berpengalaman iaitu Ustazah Shukreyah binti Zawawi (Pengarah ILIM Kampus Besut) Ustaz Syed Mohd Al Shukri bin Tuan Sharif dari UniSZA Kampus Besut, Ustaz Aziz bin Abdullah, Dr. Mohd Izudin bin Alias , Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan Sri Medang, Besut dan Encik Mohd Fakrulrizal bin Mohamed Din dari Kolej Imtiaz Besut.

Semoga dengan terlaksananya kursus ini, diharap dapat memberikan manfaat yang besar kepada peserta tentang kepentingan peranan menyokong dan memberi semangat antara pasangan dalam menghadapi kesukaran dan cabaran dalam rumahtangga serta kesedaran kepada suami dan isteri berkaitan peranan dan tanggungjawab masing-masing.

Kursus Pemantapan Pengurusan Keluarga Siri 2 2022 2

Sumber berita daripada Laman Web ILIM : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/996-kursus-pemantapan-pengurusan-keluarga-siri-2-2022