Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Bangi, 1 Jun – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPHEI) telah menyertai aktiviti cerapan hilal Zulkaedah 1443 bersama Jabatan Mufti Selangor pada 31 Mei 2022/30 Syawal 1443 bertempat di Baitul Hilal Bukit Jugra, Banting, Selangor.

Proses pencerapan dimulai dengan cerapan matahari dan bulan telah dilakukan bermula jam 5.30 petang sehingga 8.30 malam. Hilal telah kelihatan pada jam 7.30 malam. Aktiviti ini juga disertai oleh Persatuan Falak Syarie Negeri Selangor. Peralatan yang digunakan ialah teleskop Sky Watcher 108D dan kamera DSLR Canon.

Laporan Cerapan Anak Bulan Zulkaedah 1443 Hijrah 1

Sumber berita daripada Laman Web ILIM : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/997-cerapan-anak-bulan-zulkaedah-1443-hijrah