Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Bangi, 3 Jun - Sesi Kunjungan Hormat dan Ziarah Mahabbah dari Jabatan Mufti Negeri Selangor yang diketuai oleh Y.A.D Dato' Dr. Hj. Anhar bin Hj. Opir, S.S Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor ke atas YBrs. Ustaz Aminudin bin Mohamad, Pengarah Kanan Institut Latihan Islam Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia pada 3 Jun 2022/ Jumaat, jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Perbincangan, Aras 3, Blok Pentadbiran, ILIM Kampus Utama Bangi.

Semoga pertemuan ini akan merapatkan lagi ukhuwah di samping bertukar-tukar idea dan pandangan ke arah penambahbaikan pembangunan modal insan, pengurusan dan penyelidikan latihan.