Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Universiti Malaya telah menerima lawatan daripada seramai 9 orang delegasi Majlis Imam Queensland, Australia yang diketuai oleh Imam Youcef Seddik; Pengerusi Imam-Imam Queensland selama 6 hari bermula 29 Mei hingga 3 Jun 2022.

Antara tujuan lawatan adalah untuk mengadakan cerapan hilal Zulkaedah 1443H di Malaysia, mendapatkan maklumat mengenai kaedah cerapan di Malaysia yang tersusun dan sistematik menurut syarak dan membina hubungan kerjasama dalam sistem pengurusan Islam di Malaysia.

Rombongan ini telah diberi taklimat mengenai pelaksanaan Kaedah Rukyah dan Hisab di Malaysia termasuk sistem pendidikan falak IPT di Universiti Malaya. Selain itu, mereka juga telah di bawa melawat dan mengadakan cerapan hilal Zulkaedah 1443H di Kompleks Baitulhilal Telok Kemang, Negeri Sembilan, Balai Cerap Al-Khawarizmi, Melaka dan Menara Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan. Selain itu, delegasi juga berpeluang melawat pelbagai tempat pelancongan yang menarik antaranya Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya, Pantai Telok Kemang, menaiki cruise menyelusuri Sungai Melaka, lawatan ke Masjid Selat Melaka, dan lain-lain.

Malaysia terkenal di dunia dengan pengurusan falak / astronomi yang cekap dan efisien dan menjadi rujukan serta perhatian kebanyakan negara dalam pengurusan, pentadbiran, pendidikan, penyertaan / penganjuran program falak samada di peringkat kerajaan, Instutusi Pengajian Tinggi, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan Persatuan / Kelab Falak.

Delegasi Majlis Imam Queensland Australia Ke Malaysia 1

Delegasi Majlis Imam Queensland Australia Ke Malaysia 2

Delegasi Majlis Imam Queensland Australia Ke Malaysia 6

Delegasi Majlis Imam Queensland Australia Ke Malaysia 8

Delegasi Majlis Imam Queensland Australia Ke Malaysia 12

Delegasi Majlis Imam Queensland Australia Ke Malaysia 15

Delegasi Majlis Imam Queensland Australia Ke Malaysia 17

Delegasi Majlis Imam Queensland Australia Ke Malaysia 22

Delegasi Majlis Imam Queensland Australia Ke Malaysia 25

Delegasi Majlis Imam Queensland Australia Ke Malaysia 30

Delegasi Majlis Imam Queensland Australia Ke Malaysia 34