Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelidikan telah mengadakan Mesyuarat Panel Pakar Syariah Kali Ke-107 pada 07 hingga 09 Jun 2022 bersamaan 07 hingga 09 Zulkaedah 1443H di Kota Bharu, Kelantan. Mesyuarat pada kali ini adalah mesyuarat yang pertama bagi lantikan ahli Panel Pakar Syariah bagi sesi 2022/2023.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YB S.S Dato’ Haji Mohamad Shukri bin Mohamad, Mufti Negeri Kelantan dan disertai semua ahli-ahli Panel Pakar Syariah yang dilantik berdasarkan jawatan dan kepakaran bidang masing-masing.

Mesyuarat pada kali ini dimulakan dengan Majlis Makan Malam bagi meraikan Panel Pakar Syariah Jakim untuk sesi 2022/2023 sempena mesyuarat Panel Pakar Syariah Kali Ke-107 anjuran bersama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan Jabatan Mufti Kelantan.

Sebanyak empat (4) kertas kajian dan dua(2) garis panduan telah dibentangkan bagi mendapatkan pertimbangan dan pandangan ahli panel.

Mesyuarat Panel Pakar Syariah Kali Ke 107 1

Mesyuarat Panel Pakar Syariah Kali Ke 107 2

Mesyuarat Panel Pakar Syariah Kali Ke 107 3

Mesyuarat Panel Pakar Syariah Kali Ke 107 4

Mesyuarat Panel Pakar Syariah Kali Ke 107 5