Kurator Berita : Darul Quran
9 Jun 2022 - Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Jazmanie Shafawi telah mengadakan lawatan tapak bagi meninjau kemajuan kerja di tapak Projek Pembangunan Fasa Tiga Darul Quran. Projek ini meliputi pembangunan satu blok akademik dan dua blok asrama pelajar Darul Quran.

Turut hadir dalam lawatan tersebut adalah pegawai-pegawai kanan JPM dan JAKIM diiringi oleh Pengarah Darul Quran, Ustaz Mohamad Kori bin Jusoh. Secara keseluruhannya, Yang Berbahagia Datuk berpuas hati dengan kemajuan kerja yang dilaksanakan oleh pihak kontraktor Kelola Handal Sdn. Bhd. Pihak JPM akan sentiasa memantau projek tersebut sehingga sempurna.

Bangunan-bangunan baru ini dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2024. Penambahan blok-blok akademik serta asrama ini akan dapat menambahkan lagi jumlah pengambilan pelajar Darul Quran yang ketika ini mencecah ribuan permohonan saban tahun.

Lawatan SUB JPM Ke Tapak Bangunan Baharu DQ

Sumber berita daripada Laman Web Darul Quran : https://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=580