Kurator Berita : Darul Quran
9 Jun 2022 - Sempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1443H/2022M, Forum Perdana Ehwal Islam telah bersiaran secara langsung dari Dewan Muktamar Darul Quran JAKIM. Sesuai dengan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan yang diadakan pada 12-17 Jun 2022 di Johor Bahru, forum pada malam ini membahaskan tajuk "Kalam Yang Satu".

Forum ini juga menampilkan barisan panel yang mantap seperti Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Farid Ravi bin Abdullah, Rektor/Ketua Eksekutif Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan Tuan Haji Mohd Nasri bin Rahman, Kadi Daerah Batu Pahat. Di samping Personaliti Undangan Ustazah Sharifah Khasif Fadzillah Syed Badiuzzaman, Johan Qariah Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa 2009, co-host PU Amin dan Ustaz Mohd Hariri Mohamad Daud selaku moderator.

Turut hadir menonton secara langsung, Orang Besar Daerah Hulu Selangor, Yang Di Muliakan Engku Orang Kaya Maha Bijaya Hulu Selangor Raja Dato' Muzaffar bin Raja Redzwa, Pengarah Darul Quran, Ustaz Mohamad Kori bin Jusoh, ketua-ketua dan wakil agensi sekitar Hulu Selangor serta kakitangan Darul Quran.

Pihak penganjur juga mengambil kesempatan mengadakan rakaman forum bertajuk "Viral Berpahala" pada waktu petang di lokasi yang sama.

Forum Perdana Ehwal Islam Bersiaran Dari Darul Quran

Sumber berita daripada Laman Web Darul Quran : https://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=581