Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
LAHAD DATU, 7 Jun – Insitut Latihan Islam Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Kampus Lahad Datu melalui Unit Sains Dakwah dan Korporat telah mengadakan Kursus Metodologi Dakwah Siri 1 pada 7 hingga 9 Jun 2022. Program tersebut telah disertai seramai 33 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai NGO , penjawat awam dan masyarakat awam daripada Daerah Lahad Datu dan Tungku.

Objektif kursus ini diadakan bertujuan memberi kefahaman yang lebih mendalam mengenai teknik-teknik penyampaian mesej dakwah dengan lebih berkesan, disamping mempertingkatkan pengetahuan peserta mengenai aspek psikologi dakwah bil hal dan keupayaan berkomunikasi dalam melaksanakan kepada masyarakat non muslim dan saudara baru.

Kursus ini dikendalikan oleh Ustaz Dzul Helmie bin Mohd Noh Guru SK Tanjong Paras Lahad Datu dan juga Ustaz Abdullah Fadhil Bin Astawi Guru S.M.K Silabukan Lahad Datu. Sepanjang kursus tersebut, penceramah berkongsi ilmu dan pengalaman berdakwah kepada masyarakat non muslim dan saudara baru.

Rata – rata peserta yang ditemui berkata pengisian ceramah dan LDK yang diadakan membangkitkan semangat untuk terus berdakwah dan akan melaksanakan teknik-teknik dakwah yang telah dipelajari semasa kursus.

Semoga dengan penganjuran kursus ini akan melahirkan pendakwah-pendakwah yang berkualiti dan berpersonaliti hebat dalam menyampaikan dakwah di negeri Sabah khususnya di daerah Lahad Datu dan Tungku.

Kursus Metodologi Dakwah Siri 1 1

Sumber berita daripada Laman Web ILIM : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/1002-kursus-metodologi-dakwah-siri-2