Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan
Putrajaya-16 Jun 2022, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Penyelidikan telah menganjurkan Bengkel Pemurnian Draf Parameter Istihalah Dalam Farmaseutikal (Vaksin). Bengkel ini adalah kesinambungan daripada dua siri Dialog Intelektual Fiqh Kontemporari (DIFK) yang telah dilaksanakan pada bulan Januari dan Mac 2022 yang lalu. DIFK 1 telah membincangkan dengan mendalam bagi memahami konsep istihalah dan istihlak manakala DIFK 2 pula menjurus kepada perbincangan khusus mengenai Istihalah Dalam Farmaseutikal. Kedua-dua sesi dialog ini telah mencadangkan enam parameter sebagai syarat penerimaan konsep Istihalah dalam produk farmaseutikal termasuk penghasilan vaksin.

Bengkel Pemurnian Draf Parameter Istihalah Dalam Farmaseutikal (Vaksin) pada kali ini telah dihadiri oleh ahli yang berkepakaran dalam bidang syariah dan farmaseutikal bagi meneliti, menilai dan mencadangkan penambahbaikan draf parameter yang telah disediakan oleh Bahagian Penyelidikan JAKIM.

Bengkel Pemurnian Draf Parameter Istihalah Dalam Farmaseutikal 1

Bengkel Pemurnian Draf Parameter Istihalah Dalam Farmaseutikal 2

Bengkel Pemurnian Draf Parameter Istihalah Dalam Farmaseutikal 3