Kurator Berita : Darul Quran
21 Jun 2022 - Darul Quran telah mengadakan lawatan Penaziran Akademik bagi pelajar Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM ke Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam (IPG KPI) Bangi, Selangor. Lawatan penaziran ini telah dihadiri oleh dua orang pegawai Darul Quran iaitu Ustaz Ahmad Azrul bin Mohamad Tahir dan Ustaz Mohd Karmizi bin Jusoh. Sementara rombongan DQ telah disambut oleh Pengarah IPG Bangi, Dr. Abdul Rahman bin Abdullah, Dr. Paharuddin bin Arbain, Ketua Jabatan dan Ustaz Mohd Fathi bin Said selaku Penyelaras Program.

Penaziran akademik ini bertujuan untuk memantau proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dijalankan sepanjang pengajian bagi sesi Mac - Jun 2022. Ianya merupakan aktiviti rutin Darul Quran pada setiap semester bagi memastikan semua institusi-institusi yang yang bekerjasama dengan Darul Quran mencapai standard yang telah ditetapkan.

Lawatan Penaziran Akademik Di IPG Bangi

Sumber berita daripada Laman Web Darul Quran : https://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=586