Kurator Berita : Darul Quran
24 Jun 2022 - Bagi memaksimakan manfaat keberadaan tiga tahun Fadhilah al-Syeikh Hossam Hasan Mohamed ElMihy, pensyarah bidang Qiraat yang dihantar oleh Wizarah al-Auqaf Mesir ke Malaysia, Darul Quran telah menganjurkan Bengkel Bacaan Qiraat Jamak Tahun 2022. Bengkel yang diadakan di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam ini telah disertai oleh pensyarah-pensyarah Qiraat dari Darul Quran serta Lokasi-Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ) seluruh Malaysia.

Bengkel ini telah diadakan selama tiga hari bermula 22 hingga 24 Jun 2022. Pengisian sepenuhnya disampaikan oleh Syeikh Hossam bermula dengan Syarah Usul dan Manhaj Qurra' dalam 'Asyarah Sughra. Diikuti Penjelasan Tahrirat Qurra' 'Asyarah Sughra dan Penerangan Kaedah Jamak 'Asyarah Sughra seterusnya Praktikal Qiraat Jamak. Semoga pelaksanaan bengkel ini dapat memperkasakan lagi kemahiran serta ilmu Qiraat para pensyarah DQ dan LTDQ khususnya berkaitan bacaan Qiraat secara jamak.

Bengkel Bacaan Qiraat Jamak Tahun 2022

Sumber berita daripada Laman Web Darul Quran : https://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=590