Kurator Berita : Darul Quran
24 Jun 2022 - Seramai tujuh orang delegasi dari Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang diketuai Rektor, Prof. Dr. Mohamad bin Abdul Hamid telah mengadakan kunjung hormat ke Darul Quran hari ini. Kunjungan ini diadakan bertujuan untuk membincangkan hasrat KITAB untuk mengadakan kerjasama akademik khususnya penawaran Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat secara kerjasama dengan Darul Quran.

Ketika ini terdapat 10 institusi tahfiz seluruh Malaysia yang mengadakan kerjasama akademik dengan DQ dalam menjalankan Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat kecuali Negeri Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Johor. Kesepuluh institusi tahfiz ini diistilahkan dengan nama Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ).

KITAB sebelum ini juga merupakan salah satu dari LTDQ secara literalnya tetapi tidak menyambung MoU dengan DQ apabila tempoh MoU tamat pada tahun 2018. Semoga perbincangan awal bersama pihak KITAB ini menjadi titik tolak kepada penyertaan kembali KITAB Pulau Pinang sebagai Lokasi Tambahan DQ yang ke-11.

Kitab Pulau Pinang Hasrat Jadi LTDQ

Sumber berita daripada Laman Web Darul Quran : https://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=591