Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Bangi, 20 Jun - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Besut diketuai oleh Puan Ruslida binti Rusli, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JHEAIPP dari Kompleks Darul Hidayah. Turut serta dalam kunjungan tersebut ialah pegawai-pegawai dari Kompleks Darul Hidayah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.

Selain daripada ucapan penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama yang sedia terjalin, kunjungan tersebut juga bertujuan untuk memaklumkan peranan dan aktiviti ILIM Kampus Besut sebagai pusat latihan di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Dalam pertemuan tersebut, Pengarah juga turut mengambil peluang menerangkan struktur organisasi ILIM Kampus Besut di samping membincangkan kerjasama yang boleh diterokai bersama pada tahun 2022 dalam usaha meningkatkan kefahaman dan penghayatan ajaran Islam khususnya penjawat awam di Pantai Timur.

Semoga hubungan baik yang sedia terjalin antara kedua-dua jabatan ini dapat memantapkan dan menyemarakkan lagi perkembangan syiar Islam di Negeri Terengganu khususnya dan kawasan Pantai Timur amnya.

Kunjungan Bahagian Dakwah Kompleks Darul Hidayah JHEAIP 1
Sumber berita daripada Laman Web ILIM : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/1016-kunjungan-bahagian-dakwah-kompleks-darul-hidayah-jabatan-hal-ehwal-agama-islam-pulau-pinang