Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Besut, 28 Jun - Kluster Pembangunan Insan, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Besut telah mengadakan Kursus Pengurusan Stress ini telah berlangsung selama dua (2) hari bermula 27 hingga 28 Jun 2022. Objektif kursus ini ialah untuk mengenali penyebab kepada stres dan cara menanganinya dan memahami dan mengaplikasikan pengurusan stres menggunakan pendekatan Islam seperti ilaj shifa, zikir, al-Quran, solat, istighfar, azan dan doa.

Seramai 35 orang peserta telah menghadiri kursus yang berlangsung selama dua (2) hari ini. Peserta terdiri daripada pegawai-pegawai pelbagai skim dari pelbagai agensi/jabatan seluruh Malaysia, JAKIM dan Agensi di bawah Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) serta jabatan-jabatan sekitar daerah Besut. Keutamaan diberikan kepada pegawai-pegawai yang terlibat secara langsung sebagai perunding cara di jabatan.

Seramai tiga orang iaitu Puan Shukreyah binti Zawawi, Pengarah ILIM Kampus Besut dengan tajuk Pengenalan Stres Menurut Perspektif Islam, Encik Mohd Kamil bin Jaafar, Pensyarah, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Dato’ Razali Ismail dengan Menangani Stres Melalui Ilaj At-Tauhid dan Encik Sharifuddin bin Abd. Ghani, Penceramah bebas membawa tajuk Menangani Stres Melalui Ilaj Shifa dan Ruhi.

Semoga dengan terlaksananya kursus ini, diharap dapat memberikan manfaat yang besar kepada peserta dalam melahirkan pegawai- pegawai perkhidmatan awam yang kompeten dalam menguruskan emosi, stres kepada diri dan organisasi khususnya serta dapat melahirkan masyarakat yang sejahtera, bahagia dan harmoni dari segi rohani dan jasmani.

Kursus Pengurusan Stres Siri 2 2022 1

Sumber berita daripada Laman Web ILIM : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/1022-kursus-pengurusan-stres-siri-2-2022-menangani-stress-melalui-ilaj-at-tauhid