Kurator Berita : Darul Quran
30 Jun 2022 - Persatuan Kebajikan Darul Quran (PKDQ) menyampaikan RM100,000 hasil sumbangan orang ramai kepada Madrasah Darus Salam, Vietnam bagi pembinaan madrasah untuk pelajar beragama Islam di Vietnam. Penyampaian telah disempurnakan oleh Pengarah Darul Quran, Ustaz Mohamad Kori bin Jusoh mewakili Pengerusi PKDQ.

Turut hadir Pengerusi Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan, Dato' Razali bin Shahabudin, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa, Haji Zabidi bin Nasan, wakil-wakil NGO dan jawatankuasa PKDQ.

Penyampaian Sumbangan Madrasah Darus Salam Vietnam

Sumber berita daripada Laman Web Darul Quran : https://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=598