Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Unit Penyelarasan Data dan Maklumat, Cawangan Penyelarasan Pendidikan, Bahagian Pendidikan JAKIM telah mengadakan Bengkel Pengemaskinian dan Penambahbaikan Data Sekolah Agama/tadika dan KAFA Siri 2/2022 pada 27 hingga 29 Jun 2022 bertempat di Hotel Seri Malaysia Port Dickson, Negeri Sembilan. Peserta yang telah menghadiri bengkel ini terdiri daripada Pegawai Pengurusan data Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri, Majlis Agama Islam Negeri, Yayasan Islam Negeri dan Penyelia KAFA di negeri-negeri seluruh Malaysia.

Objektif utama bengkel ini diadakan adalah bertujuan untuk mengemaskini dan menyampaikan taklimat pengurusan data dan maklumat Pendidikan Islam di Malaysia dalam Sistem Maklumat Pendidikan Islam Malaysia (SIMPENI) melalui pengemaskinian data Sekolah Agama/Tadika dan KAFA bagi tempoh 3 bulan (Mac hingga Jun 2022) .

Penyelaras bengkel yang diadakan ini ialah En Kamaruzzaman bin Husni dan dibantu oleh Puan Nurul Ain Amaliena binti Shaharuddin dari Unit Penyelarasan Data dan Maklumat, Cawangan Penyelarasan Pendidikan Bahagian Pendidikan JAKIM, serta dibantu oleh En. Suardi bin Shafien dari Unit Pentaksiran, cawangan yang sama. Manakala fasilitator yang bertanggungjawab berkaitan teknikal sistem SIMPENI ialah Puan Syakirah Adibah binti Mohd Ghazali wakil dari BPM.

Diharapkan bengkel yang dijalankan ini dapat mencapai sasaran pengurusan data dan maklumat yang telah ditetapkan untuk tahun 2022.

Bengkel Pengemaskinian Data Sekolah Agamatadika dan KAFA Siri 2 2022 1

Bengkel Pengemaskinian Data Sekolah Agamatadika dan KAFA Siri 2 2022 2

Bengkel Pengemaskinian Data Sekolah Agamatadika dan KAFA Siri 2 2022 3

Bengkel Pengemaskinian Data Sekolah Agamatadika dan KAFA Siri 2 2022 4

Bengkel Pengemaskinian Data Sekolah Agamatadika dan KAFA Siri 2 2022 5

Bengkel Pengemaskinian Data Sekolah Agamatadika dan KAFA Siri 2 2022 6